Posts Tagged ‘ SMK SG.Kertas ’

Pelajar SMKSK di cop JAHAT di UIA dan di seluruh Selangor!

Assalamualaikum w.b.t

Samseng…Gejala Sosial…Buli…ponteng kelas dan sebagainya…Jahat ke Sek. Men. Keb Sg. Kertas ( SMKSK @ SuTAS ) ni? Itulah ayat yang terpacul di dalam hati Farahaznil sejenak buat beberapa kali apabila org mengata tentang SMKSK atau SuTAS . Geram rasanya…Mau aje ganyang2 mulut org yang berkata sedemikian !

Baru-baru ni,semasa di dalam kelas(kuliyah) bahasa inggeris di UIA..Tiba-tiba aje Madam terus bertanya..Farah which school did you come from ? Terus dengan bangganya . SMK Sg Kertas Madam ! Tapi Farahaznil pun pelik,sebelum ni bukan ke Madam Nellia(Teacher BI) dah tau dan mengapa mahu bertanya berulang kali. Madam Nellia ni menetap di Gombak.Seperti mana kita tahu bahawa Gombak dgn Sg.Kertas bukan lah jauh mana pun !

Terus dengan perbualan Farahaznil dgn lecturer BIĀ  tadi….” Sg Kertas bukan sekolah dia banyak budak JAHAT ke ?” . Panas telinga , hati dan segalanya semasa dgr ayat itu diucap dan di lafazkan dari mulut Madam Nellia ! Dengan lantas menjawab..Mana ada Madam . Madam tgk saya mcm mana?Baikkan??Tu mitos je tu…Tiba2 ada pula classmate yang duduk di Taman Jasa Utama terus sambung..Ye Madam…Kat sana banyak org indon………Amboi3….

Berderau rasanya time tu.Rasa macam nak menyinga aje.Dengan bertopengkan muka manis.Terus menjawab lagi kepada kawan yg menyampuk tadi di depan Madam..”Alah..budak2 jahat tu datang dari mana gak..bukan SMK Selayang n etc ??Nasib baik sekolah kita org terima budak-budak tu tau..Kalau tak,kat mana dorang nak sambung belajar? Sekolah SMKSK ni pentingkan pendidikan dekat anak2 Malaysia..Tu sebab la terpaksa terima budak2 jahat tu.. ” ..Hahaha..Gelak sindir diberi kepada Madam dan classmate Farahaznil..

Mengenai pelajar indon ramai menapak di SMKSK a.k.a SuTAS pula . Mengapa kita mengherdik mereka ? Pernahkah kita sedari bahawa pelajar2 yang berada di kelas belakang itu sebenarnya ramai yang terdiri daripada anak-anak melayu kita ? Ada pernah kita risau ? Ada pernah kita tahu yang sebenarnya anak-anak indon ni lah yang menaikkan nama sekolah , tak paling kurang pun duduk di kelas2 hadapan? Ada kita selidik?

Buka lah mata wahai orang diluar sana..Janganlah dengan sekeping mitos..Anda percaya segalanya . SMKSK a.k.a SuTAS sebenarnya telah banyak melahirkan anak-anak yang berjaya di luar sana.Ada yang menjadi Doktor,Aktuari Sains, Farmasi , Engineer , Arkitek dan sebagainya.Siapa kata kami ni sekolah jahat..samseng yang di ibaratkan seperti sampah di hujung dunia ? Sedangkan anak tangga nama sekolah kami lagi teratas dari sekolah yang di sanjungi yang anda ketahui.

Rasanya cukuplah di sini sahaja coretan kali ini.Akan saya sambungkan penulisan seterusnya di catatan akan datang.Saya masih lagi nak mengupas tajuk..JAHAT ke pelajar SMKSK ni???Memang tak cukup tangan nak menulis bila kita sentuh topik ini !

Apa-apa pun semoga Pengetua SMKSK a.k.a SuTAS dapat menukar pandangan orang luar dengan membuktikan bahawa kita adalah sekolah yang Unggul Penjana Generasi Terbilang .

P/s- Saya minta maaf jika post atau gambar di dalam post ini ada yang menyinggung perasaan para pembaca.Sila maklumkan sebarang ketidakpuasan hati anda di ruang komen di bawah.

pss-Sekali lg saya tegaskan.SMKSK bukan sekolah budak2 jahat.Mengikut akal fikiran yang waras,sekolah mana yang tiada masalah disiplin?Kalau tiada masalah disiplin,itu namanya sekolah syurga! Renung2kan dan selamat berfikir dengan waran.Jangan biarkan diri anda dibelungi MOMOK-MOMOKAN tentang SMKSK atau SuTAS .

Wassalam..

Blog SMKSK a.k.a Sutas ?? Sudah tiba masa untuk menjadi Matang.

Asslamualaikum w.b.t

Sudah sekian lama tidak update blog 5sn1smksk ni,akhirnya terngiang-ngiang jua sahutan untuk kembali menulis buat malam ini . Al maklumlah setelah menjadi pelajar pra-graduan Universiti sejak awal bulan 5 tahun lepas(2009),rutin harian(pergi ke sekolah) sekitar tahun 1998 hingga ke tahun 2008 yang menjadi darah daging yg sudah sebati terpaksa di ubah.

Saya Hazatul Farah Khairudin a.k.a Farahaznil ingin memohon maaf jika ada tersalah maklumat yang di salah taip di dalam blog ini.Apa-apa pun tanpa melengahkan masa , saya ingin berkata mengenai MATANG ?

MATANG merupakan perkataan yang mudah di sebut.Namun adakah kita sudah cukup MATANG?Sinonim perkataan matang ialah dewasa.Jika kita berkata mengenai MATANG,ianya cukup general . Namun di sini saya ingin mengecilkannya dalam konteks diri saya sendiri dan juga BLOG SMKSK ini , Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Kertas .

Saya Farahaznil …

Nama gelaran saya di dunia lama maya ialah Farahaznil.Mungkin anda tidak berapa kenal dengan nama sebegini jika anda seorang penggiat myspace,friendster dan juga facebook.Nama saya hanya terkenal di dalam bahagian bagaimana untuk mencari duit melalui internet.Namun dengan rendah dirinya , sebenarnya saya baru sahaja mula menapakkan nama tersebut dalam tahun 2007.Tujuan saya menulis blog bukanlah untuk menjadi seorang yang popular ,tapi dek kerana dunia alam maya ini adalah sepetiga dari hidup saya.

MATANG dalam diri saya?Alhamdulillah dengan izin-Nya setakat ini, saya mampu lagi bernafas dan meneruskan perjuangan hidup saya dalam menepuhi segala ujian dan cabaran utk mendapatkan pengalaman .Matang bukannya dari segi akal fikiran dan juga tingkah laku.Ia sebenarnya bermula dari hati.Apa yang ingin saya kaitkan ialah saya ingin Me-MATANGKAN cara penulisan saya di blog ini.Sebenarnya hanya penulisan saya di blog ini sahaja yang kurang matang dan kelihatan keanak-anakan.Saya mempunyai beberapa blog yang lain yang bercorakkan serius ( bagi saya).Salah satunya Farahaznil.com

Kenapa saya ingin mematangkan lagi penulisan di blog ini?Ini kerana saya sendiri kadang kala merasa malu dengan melihat perkataan-perkataan yang digunakan,dari segi bahasa dan sebagainya.Rasa rugi apabila banyak ilmu yang diperolehi oleh guru2 tidak digunakan sepenuhnya.Nama je Bahasa Melayu A1.Tapi cakap bahasa melayu sendiri pun tak betul ! Terus terang ingin saya katakan , memang memalukan buat diri saya sendiri.Namun InsyaAllah dengan izin Allah saya berharap saya dapat memperbaiki semula apa yg kurang di dalam diri saya.Saya anak MELAYU !

Matang dalam Arena Blog SMK Sg.Kertas…

Mula-mula saya ingin matangkan theme blog ini sendiri . Seperti yang anda boleh lihat,di bawah ini merupakan theme blog ini setelah kurun lama berlalu.Kini saya masih lagi mencari2 theme atau tema yang sesuai.Yang ke-duanya saya ingin mematangkan isi kandungan blog ini.Yang ke-tiga InsyaAllah,jika ada duit lebih akan saya belikan hosting dan domain blog ini.Jika ada rezeki lebih.

Info Terbaru….

Beberapa hari yang lepas.carian Google saya mendapati telah wujudnya Blog Sek.Men.Keb.Sungai Kertas yang baru. Saya masih lagi tidak tahu siapa pengasasnya . Mengikut tinjauan saya,ia seperti blog sebenar SMKSK . Cayalah SMKSK,akhirnya wujud juga blog sendiri sekolah lama saya ni.Namun blog itu masih lagi suam2 kuku di mana tidak banyak post-post terbaru.Boleh dikatkan newborn blog.Haha.Apa2 pun syabas SMKSK.Anda telah mengorak ke dunia IT pula.. Klik sini untuk ke blog baru SMK Sg. Kertas.


Hello…Pengetua SuTAS pun ada Blog tersendiri tau ! Syabas sekali lagi ! Akhirnya kita ada pengetua yang celik IT. Tujuan saya berkata begini bukanlah untuk mempersendakan bekas2 pengetua yang lepas.Tapi bangga dengan perubahan SMKSK dalam masa yang singkat.Anda memang pengetua yang berjiwa rakyat En.Arbain bin Pinni ! Semoga dapat mengorak langkah dengan maju jayanya di masa hadapan . Sudah lama kami nantikan pengganti En.Zahid ( Kalau tak silap) Klik sini untuk ke blog pengetua SMKSK ( Smk Men Keb Sungai Kertas)

Akhir kata..Jom sama2 kita menaikkan dan memperkenalkan SMK Sg. Kertas di persada dunia mata org luar dan 1 Malaysia !

New update : Download soalan TRIAL SPM 2009 ( Soalan Percubaan SPM 2009 )

Assalamualaikum w.b.t

Seperti yang diketahui masih ramai lagi yang bertanykan tentang percubaan2 SPM seluruh negeri . Anda juga boleh lihat di ruuangan komen yg ramai bertanyakan ada soalan trial spm terengganu 2009 ka? trial SPM 2009 perlis ? macam mana pula trial SPM 2009 kelantan ? nogoie den plak..trial SPM negeri sembilan 2009 ? TRIAL SPM SABAH ? SPM 2009 SARAWAK ? Ahhaa .. tak cukup dengan tu …Bagaimana pula trial spm 2009 perak ? trial spm pahang ? Melaka punya trial spm 2009 lak ? Hmm .. negeri mana lagi aku tak sobutkan …Haaa…Trial spm 2009 negeri kedah , penang ? ada lagi ke negeri lain?Hehe..

Jawapan dia..datang la kat blog ni..InsyAllah aku uasahakan mana yang patut..cewah..tinggal korang je yang rajin ke tak rajin nak mendownload-nyer tu..Hehehe..Tanpa bebel byk2 Download-lah soalan Trail SPM 2009 !!!!t/k juga keatas mozac .

Percubaan SPM Negeri Terangganu
Add Maths
Kimia
Pendidikan islam
Sejarah
Bahasa Melayu
Mathematics

Percubaan SPM Melaka 2009
(semua kertas digabung dan disertakan skema )
B.Melayu
B.Inggeris
Mathematics
Add Mathematics
Sejarah
Fizik
Kimia
Pendidikan Islam
Pendidikan Moral
Biology

Percubaan SPM Johor 2009
(semua kertas digabung dan disertakan skema )
B.Melayu
B.Inggeris
Mathematics
Add Mathematics
Sejarah
Fizik
Kimia
Pendidikan Islam
Pendidikan Moral
Biology

Percubaan SPM Sabah 2009
Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Sejarah
Kimia
Biology
Sce
Fizik
Mathematics
Add Mth

Percubaan SPM Kedah
Bahasa Inggeris
Bahasa Melayu
Sejarah
Sce
Kimia
Biology
Add Mth
Mathematics
Pendidikan Islam
Prinsip Akaun
Perdagangan
Fizik [ K1 ] [ K2 ] [ K3 ] [Skema ]

Percubaan SPM Perlis
Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Sce
KimiaSkema
Biology
Add Math
Pendidikan Islam
Mathematics
Ekonomi Asas
Pendidikan Moral
Fizik
Sejarah

Percubaan SPM Negeri Sembilan
Sejarah 1
Sejarah 2

Percubaan SPM Pahang
Mathematics
Add Mathematics
Biologi
Kimia
Fizik
Pendidikan Islam
Bahasa Melayu
B.Inggeris
Sejarah

Percubaan Kelantan
Mathematics
Kimia [ P1 ] [ P2 ] [ P3]
Biology [ P1 ] [ P2 ] [ [ P3 ]
Sce [ P1 ] [ P2 ] [ skema ]

Percubaan SPM Selangor
ADD Mathematics
Mathematics
Kimia [ K1 ][ K2 ] [ K3 ]

p/s:skema disertakan bersama soalan tertentu shj…layari juga blog ini utk ulangkaji lain..

Soalan dan skema dari ulangkaji SPM TIMES 2009
Jika tuan/puan mempunyai soalan untuk dikongsi sila emailkan kepada mozac2141@gmail.com

(Semua fail dalam format pdf adobe acrobat version 6.0 standard)

Trial SPM SBP 2009 : Kertas Peperiksaan Percubaan SPM SBP 2009

Kertas Peperiksaan Percubaan SPM SBP 2009

Additional Mathematics
Mathematics
Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Pendidikan Islam
Sejarah
FIZIK
Chemistry
Biology

Trial PMR SBP 2009

Mathematics
Science