Pelajar SMKSK di cop JAHAT di UIA dan di seluruh Selangor!

Assalamualaikum w.b.t

Samseng…Gejala Sosial…Buli…ponteng kelas dan sebagainya…Jahat ke Sek. Men. Keb Sg. Kertas ( SMKSK @ SuTAS ) ni? Itulah ayat yang terpacul di dalam hati Farahaznil sejenak buat beberapa kali apabila org mengata tentang SMKSK atau SuTAS . Geram rasanya…Mau aje ganyang2 mulut org yang berkata sedemikian !

Baru-baru ni,semasa di dalam kelas(kuliyah) bahasa inggeris di UIA..Tiba-tiba aje Madam terus bertanya..Farah which school did you come from ? Terus dengan bangganya . SMK Sg Kertas Madam ! Tapi Farahaznil pun pelik,sebelum ni bukan ke Madam Nellia(Teacher BI) dah tau dan mengapa mahu bertanya berulang kali. Madam Nellia ni menetap di Gombak.Seperti mana kita tahu bahawa Gombak dgn Sg.Kertas bukan lah jauh mana pun !

Terus dengan perbualan Farahaznil dgn lecturer BI  tadi….” Sg Kertas bukan sekolah dia banyak budak JAHAT ke ?” . Panas telinga , hati dan segalanya semasa dgr ayat itu diucap dan di lafazkan dari mulut Madam Nellia ! Dengan lantas menjawab..Mana ada Madam . Madam tgk saya mcm mana?Baikkan??Tu mitos je tu…Tiba2 ada pula classmate yang duduk di Taman Jasa Utama terus sambung..Ye Madam…Kat sana banyak org indon………Amboi3….

Berderau rasanya time tu.Rasa macam nak menyinga aje.Dengan bertopengkan muka manis.Terus menjawab lagi kepada kawan yg menyampuk tadi di depan Madam..”Alah..budak2 jahat tu datang dari mana gak..bukan SMK Selayang n etc ??Nasib baik sekolah kita org terima budak-budak tu tau..Kalau tak,kat mana dorang nak sambung belajar? Sekolah SMKSK ni pentingkan pendidikan dekat anak2 Malaysia..Tu sebab la terpaksa terima budak2 jahat tu.. ” ..Hahaha..Gelak sindir diberi kepada Madam dan classmate Farahaznil..

Mengenai pelajar indon ramai menapak di SMKSK a.k.a SuTAS pula . Mengapa kita mengherdik mereka ? Pernahkah kita sedari bahawa pelajar2 yang berada di kelas belakang itu sebenarnya ramai yang terdiri daripada anak-anak melayu kita ? Ada pernah kita risau ? Ada pernah kita tahu yang sebenarnya anak-anak indon ni lah yang menaikkan nama sekolah , tak paling kurang pun duduk di kelas2 hadapan? Ada kita selidik?

Buka lah mata wahai orang diluar sana..Janganlah dengan sekeping mitos..Anda percaya segalanya . SMKSK a.k.a SuTAS sebenarnya telah banyak melahirkan anak-anak yang berjaya di luar sana.Ada yang menjadi Doktor,Aktuari Sains, Farmasi , Engineer , Arkitek dan sebagainya.Siapa kata kami ni sekolah jahat..samseng yang di ibaratkan seperti sampah di hujung dunia ? Sedangkan anak tangga nama sekolah kami lagi teratas dari sekolah yang di sanjungi yang anda ketahui.

Rasanya cukuplah di sini sahaja coretan kali ini.Akan saya sambungkan penulisan seterusnya di catatan akan datang.Saya masih lagi nak mengupas tajuk..JAHAT ke pelajar SMKSK ni???Memang tak cukup tangan nak menulis bila kita sentuh topik ini !

Apa-apa pun semoga Pengetua SMKSK a.k.a SuTAS dapat menukar pandangan orang luar dengan membuktikan bahawa kita adalah sekolah yang Unggul Penjana Generasi Terbilang .

P/s- Saya minta maaf jika post atau gambar di dalam post ini ada yang menyinggung perasaan para pembaca.Sila maklumkan sebarang ketidakpuasan hati anda di ruang komen di bawah.

pss-Sekali lg saya tegaskan.SMKSK bukan sekolah budak2 jahat.Mengikut akal fikiran yang waras,sekolah mana yang tiada masalah disiplin?Kalau tiada masalah disiplin,itu namanya sekolah syurga! Renung2kan dan selamat berfikir dengan waran.Jangan biarkan diri anda dibelungi MOMOK-MOMOKAN tentang SMKSK atau SuTAS .

Wassalam..

    • ahmad tarmizi b abd wahab
    • February 18th, 2010

    btul tuu….
    xkan larr sebab satu gossip trus nk judge…
    saya pon dari smksk gak…
    skang amik chemical engineering…..
    ok je..
    sbnarnyer…
    xkisahlarr skola ape pon..
    yg penting niat di hati tuu….
    kalo skola sbp ke mrsm ke kluar2 xdpt straight A’s watpe..
    so moral of the story……jgn nk dok kutuk2 skola org..
    cermin diri tuu skit…..
    korang ingt korang bgus sgt ke..

      • nurul ain rojmi
      • March 29th, 2010

      ha,,ala setakt ckp kter jahat melampau giler
      gogo farah

      aku kat blakang ko….
      bkak mater dorunk tentang kter….

    • zal
    • February 22nd, 2010

    btul tue…
    ingat skola ktorang nie apa???
    snang2 je nak kutuk skolah ktorang…
    apa ingat jahat sgt ke ktorang nie…
    ramai dak indonpun bkan tuk menyemak,dorang pandai pe..
    cerminlah diri sblum nak kutuk org…
    tmpt tue jgalah lahirnya masy yg berguna…
    kalu skola mcm tue bleh kena judge mcm tu,
    baik x pyh buat skolah…
    kalu pndai mcm mana pun x guna kalu bleh kutuk tmpt yg sama2 org bljr…
    pklah sndri…

    • ryu
    • February 22nd, 2010

    huhuhu eiii lect uia mane yg cari pasal nih…tak syg mlt btl tuh..aku pn dak uia jgk..so far takde lg yg ngata wlpn dorg tau aku BUDAK SG. KERTAS..lec uia ni poyo je lebih

    • enollz
    • March 4th, 2010

    yg bdk indon nie aku bengang gak,kwn2 sy bnyk org indon kt sek nie…tp die bnyk yg berjaya….contoh nye zilha mat suji,miswasil kasim,ehsan gepari,shahrul nizam menfari…smue 2 org indon yg naik kan nme sekolah nie….fikir la sendiri….

    • sufyan at tsauri…
    • April 23rd, 2010

    btol3…aku sokong,,aku kt upnm pn org tau smksk sklh budak2 jahat…sbb tu dieorg takut ngan aku.,..hahaha

      • fara5
      • April 23rd, 2010

      Sufyan – hahahaha..dasat la smksk ni…pg mn2 terkenal dgn jahat o0o

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: