Blog SMKSK a.k.a Sutas ?? Sudah tiba masa untuk menjadi Matang.

Asslamualaikum w.b.t

Sudah sekian lama tidak update blog 5sn1smksk ni,akhirnya terngiang-ngiang jua sahutan untuk kembali menulis buat malam ini . Al maklumlah setelah menjadi pelajar pra-graduan Universiti sejak awal bulan 5 tahun lepas(2009),rutin harian(pergi ke sekolah) sekitar tahun 1998 hingga ke tahun 2008 yang menjadi darah daging yg sudah sebati terpaksa di ubah.

Saya Hazatul Farah Khairudin a.k.a Farahaznil ingin memohon maaf jika ada tersalah maklumat yang di salah taip di dalam blog ini.Apa-apa pun tanpa melengahkan masa , saya ingin berkata mengenai MATANG ?

MATANG merupakan perkataan yang mudah di sebut.Namun adakah kita sudah cukup MATANG?Sinonim perkataan matang ialah dewasa.Jika kita berkata mengenai MATANG,ianya cukup general . Namun di sini saya ingin mengecilkannya dalam konteks diri saya sendiri dan juga BLOG SMKSK ini , Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Kertas .

Saya Farahaznil …

Nama gelaran saya di dunia lama maya ialah Farahaznil.Mungkin anda tidak berapa kenal dengan nama sebegini jika anda seorang penggiat myspace,friendster dan juga facebook.Nama saya hanya terkenal di dalam bahagian bagaimana untuk mencari duit melalui internet.Namun dengan rendah dirinya , sebenarnya saya baru sahaja mula menapakkan nama tersebut dalam tahun 2007.Tujuan saya menulis blog bukanlah untuk menjadi seorang yang popular ,tapi dek kerana dunia alam maya ini adalah sepetiga dari hidup saya.

MATANG dalam diri saya?Alhamdulillah dengan izin-Nya setakat ini, saya mampu lagi bernafas dan meneruskan perjuangan hidup saya dalam menepuhi segala ujian dan cabaran utk mendapatkan pengalaman .Matang bukannya dari segi akal fikiran dan juga tingkah laku.Ia sebenarnya bermula dari hati.Apa yang ingin saya kaitkan ialah saya ingin Me-MATANGKAN cara penulisan saya di blog ini.Sebenarnya hanya penulisan saya di blog ini sahaja yang kurang matang dan kelihatan keanak-anakan.Saya mempunyai beberapa blog yang lain yang bercorakkan serius ( bagi saya).Salah satunya Farahaznil.com

Kenapa saya ingin mematangkan lagi penulisan di blog ini?Ini kerana saya sendiri kadang kala merasa malu dengan melihat perkataan-perkataan yang digunakan,dari segi bahasa dan sebagainya.Rasa rugi apabila banyak ilmu yang diperolehi oleh guru2 tidak digunakan sepenuhnya.Nama je Bahasa Melayu A1.Tapi cakap bahasa melayu sendiri pun tak betul ! Terus terang ingin saya katakan , memang memalukan buat diri saya sendiri.Namun InsyaAllah dengan izin Allah saya berharap saya dapat memperbaiki semula apa yg kurang di dalam diri saya.Saya anak MELAYU !

Matang dalam Arena Blog SMK Sg.Kertas…

Mula-mula saya ingin matangkan theme blog ini sendiri . Seperti yang anda boleh lihat,di bawah ini merupakan theme blog ini setelah kurun lama berlalu.Kini saya masih lagi mencari2 theme atau tema yang sesuai.Yang ke-duanya saya ingin mematangkan isi kandungan blog ini.Yang ke-tiga InsyaAllah,jika ada duit lebih akan saya belikan hosting dan domain blog ini.Jika ada rezeki lebih.

Info Terbaru….

Beberapa hari yang lepas.carian Google saya mendapati telah wujudnya Blog Sek.Men.Keb.Sungai Kertas yang baru. Saya masih lagi tidak tahu siapa pengasasnya . Mengikut tinjauan saya,ia seperti blog sebenar SMKSK . Cayalah SMKSK,akhirnya wujud juga blog sendiri sekolah lama saya ni.Namun blog itu masih lagi suam2 kuku di mana tidak banyak post-post terbaru.Boleh dikatkan newborn blog.Haha.Apa2 pun syabas SMKSK.Anda telah mengorak ke dunia IT pula.. Klik sini untuk ke blog baru SMK Sg. Kertas.


Hello…Pengetua SuTAS pun ada Blog tersendiri tau ! Syabas sekali lagi ! Akhirnya kita ada pengetua yang celik IT. Tujuan saya berkata begini bukanlah untuk mempersendakan bekas2 pengetua yang lepas.Tapi bangga dengan perubahan SMKSK dalam masa yang singkat.Anda memang pengetua yang berjiwa rakyat En.Arbain bin Pinni ! Semoga dapat mengorak langkah dengan maju jayanya di masa hadapan . Sudah lama kami nantikan pengganti En.Zahid ( Kalau tak silap) Klik sini untuk ke blog pengetua SMKSK ( Smk Men Keb Sungai Kertas)

Akhir kata..Jom sama2 kita menaikkan dan memperkenalkan SMK Sg. Kertas di persada dunia mata org luar dan 1 Malaysia !

  1. Salam…rajin ye farah tulis blog. Ambk course it ke?

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: