SuTAS .

Assalamualaikum w.b.t

Sebelum memulakan post pada kali ini,Farahaznil ( Admin ) ingin menerangkan bahawa post ini bukanlah bertujuan untuk mengejek,mengherdik, memperkecilkan hati,merendahkan pendapat anda dan sebagainya buat golongan yang tertentu.Tetapi adalah topik yang saya cuba tampilkan untuk perbincangan kita kali ini.

SuTAS . Apa ada dengan nama SuTAS ?Untuk pengatahuan anda nama SuTAS ini adalah gabungan nama Sungai dan juga Kertas . Sepertimana kita sudah ketahui,nama ini telah telah dikomersialkan oleh pihak sekolah untuk beberapa tujuan.Yang pastinya ia membuatkan kita senang utk menyebut nama sekolah ini dan singkatan nama sekolah yg harus di popularkan.

Kita tahu bahawa Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Kertas , SMKSK , SMK Sg. Kertas menjadi satu sekolah yang selalu dipertanyakan dimanakah letaknya,wujud ke?? dan bermacam-macam lagi.Kadangkala dengan nama Sungai Kertas juga sudah cukup untuk ditertawakan dan sebagainya.Perkara ini masih lagi berterusan sehingga sekarang.

Pada suatu ketika,ada juga cerita2 yang mengatakan bahawa sekolah ini harus ditukarkan namanya.Alhamdulillah,sehingga skrng masih lagi tiada pertukaran.Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Kertas masih lagi tertulis di hadapan tembok kemasukan ke sekolah tersebut.

Yang jadi masalahnya..Ada segelintir golongan tidak suka akan pertukaran nama ini.Ada beberapa komen yang dapat farahaznil baca di facebook …

Ini adalah salah satu komen yang Farahaznil dapati.Persoalannya..Siapa yang tidak kreatif ? Anda atau pihak sekolah ? Apakah sumbangan yang ada pernah lakukukan kepada SMKSK ketika anda di bangku sekolah dahulu ? Adakah anda seorang yang sukar menerima pembaharuan ?Anda ada cadangan lebih mantap tentang sekolah ini?

Ada apa pada nama ? Pepatah ada mengatakan bahawa…Harimau mati tinggalkan belang,manusia mati tingalkan nama. Sekolah pula ?Bagi pendapat Farahaznil, sekolah akan meninggalkan impak maksima yang besar buat namanya jika selalu mempunyai pelajar2 yang cemerlang dan dibanggakan.Bukannya hanya kata2 di mulut anda sahaja.

Kesimpulan yang Farahaznil dapat buat.Kadangkala kita perlukan perubahan.Seperti mana di dalam dunia ekonomi , politik , tempat kerja dan sebagainya.Pangkal pokoknya bukan pada nama harus dipersalahkan.Kalau duk tukar nama SuTAS ke nama baru seperti Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Najib ke….Sekolah Menegah Kebangsaan Tun Dr. Mahathir ke……Tapi kalau prestasi tak memberangsangkan.Buat apa?Betul tak??

Tak bermakna kata2 Farahaznil di atas bahawa Farahaznil juga memprotes akan pertukaran nama sekolah ini.Namun kita perlu berfikiran luas,panjang dan jangan terlalu emosional dalam memperkatakan sesuatu perkara.Jangan jadikan hal kecil menjadi besar.Nak berhajat besar….Buat bunga api tapi nak letupan ala-ala Bom C4..Haha

Apa2 pun Farahaznil meminta maaf jika post ini ada buat beberapa golongan yang berkecil hati.Sila tinggalkan ketidakpuasan hati anda di ruang komen..Terima Kasih .

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: