Archive for the ‘ Uncategorized ’ Category

Farahaznil dan Fasilitator .

p5310296-horz

Assalamualaikum w.b.t

Huhuhu..Lama gila tak update blog.Hampir dalam 2 minggu la juga…Gila la..Drawing asik kena re-do je..Hahahaha..Pening kepala weh.Re-do tu bukanlah masalah besar sebenarnya..Tapi masa yang singkat membuatkan Farahaznil menjadi tak tentu hala dan bermacam-macam lagi..Huuuu…

Ok..Dah2 cukup pasal tu semua.Sekarang kita teruskan ke cerita sebenarnya. Baru2 ini Farahaznil ada sertai Alumni Sek.Keb. Dato’ Manan untuk jadi Fasi..Sepatutnya hanya Alumni sekolah itu sahaja dibenarkan.Tetapi setelah mereka meneliti profail Farahaznil.Maka Farahaznil pun diberi kepercayaan untuk mengikut serta..Anda tahu apa itu Fasilitator ?

Fasilitator adalah seorang manusia biasa yang bekerja dan berfikir secara luar biasa. Mindanya mempunyai wawasan yang tinggi serta jiwanya yang kukuh kepada pegangan hidup yang jelas. Fasilitator juga adalah seorang pembimbing yang mampu mengepalai sekelompok manusia untuk mencapai sesuatu objektif dengan menggunakan setiap ruang dan peluang yang ada disekitarnya. Fasilitator juga harus berperanan sebagai ejen perubah di dalam kelompok manusia itu tadi. Setiap kata-kata mereka akan dipenuhi dengan nasihat dan peringatan berguna buat mereka yang mendengar. Fasilitator akan sentiasa mengajak kelompokan manusia untuk berbuat kebaikan dan meninggalkan kejahatan juga mengajak manusia untuk beriman dengan Allah.

Hi hi hi..Sebenarnya pengalaman jadi fasilitator ni sangat best kalau ianya berjalan dengan lancar..Huhuhu..Malangnya Farahaznil dapat macam-macam cabaran.Tapi kalau tak alami itu semua..maknanya tiada pengalaman terindah mencabar lah kan?Haha..

farahaznil-fasi

Di dalam kumpulan yang Farahaznil bimbing terdapat 7 org perserta . Farahaznil turut di temani oleh seorang lagi Fasi , Khalis Khairi yang masih lagi belajar di KUIS . 7 orang peserta ini mempunyai latar yang berbeza-beza.

1. Zikri – Seorang budak lelaki yg sngt sensetif.Semasa PPIC dia menangis sehinggakan satu dewan pndng ke arahnya.
2.Faiq – Seorang pelajar di kelas hadapan tapi berat mulut.Susah betul nak dgr dia bercakap.
3.Farhan – pelajar terlebih hyper-aktif
4.Sukri – Masih lagi merangkak2 membaca.Dah darjah 6 ni!
5-Norhayati – Susah nak beri tumpuan
6.Aisyah – Seorang yg suka berahsia.Susah betul nak tgk kerja dia.
7.Syaimah – Seorang yg berani tampil kehadapan.Banyak sikap positif.

farahaznil-fasi2

Hahaha..itulah dia pelajar2 yg Farahazanil dapat.Paling tak tahan..semasa adik Zikri yang pakai songkok di dalam gambar atas ni menangis.Dia seorang yang sngt sensetif.Semasa permainan (LDK) Siapa saya ?? Kawan2 di dalam kumpulan dikehandaki untuk menulis tentang apa yg mereka rasa tentang kawan mereka di atas sehelai kertas yang telah ditampalkan di belakang badan masing2.Result-nya….Adik zikri diejek oleh kawan2 yang mengatakan dia seorang yang pendek dan kurang inchi.

Macam2 lagi la pengalamn Farahaznil dapat…Pada hari pertama mmg geram dibuatnya.Pening kepala nak handle budak2 ni..Macam2 pe’el lah katakan.Siap bergaduh dan tak bertegur sapa sesama sndr lagi masa dlm kumpulan.Huh..Memang hilang sabar dibuatnya.Kalau Farahaznil jadi cikgu..Macam mana lah agaknya ya..Habis dah kena balun agaknya..Hi hi hi

Aduhai…Ikutkan hati macam semua benda nak cerita..tapi cukuplah di sini sahaja ye.Panjang2 bukan korang nak baca pun nnt…

p/s- Hihihi..harap2…dapat lagi la Farahaznil ni jadi Fasi..Best wooooooooo

SuTAS .

Assalamualaikum w.b.t

Sebelum memulakan post pada kali ini,Farahaznil ( Admin ) ingin menerangkan bahawa post ini bukanlah bertujuan untuk mengejek,mengherdik, memperkecilkan hati,merendahkan pendapat anda dan sebagainya buat golongan yang tertentu.Tetapi adalah topik yang saya cuba tampilkan untuk perbincangan kita kali ini.

SuTAS . Apa ada dengan nama SuTAS ?Untuk pengatahuan anda nama SuTAS ini adalah gabungan nama Sungai dan juga Kertas . Sepertimana kita sudah ketahui,nama ini telah telah dikomersialkan oleh pihak sekolah untuk beberapa tujuan.Yang pastinya ia membuatkan kita senang utk menyebut nama sekolah ini dan singkatan nama sekolah yg harus di popularkan.

Kita tahu bahawa Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Kertas , SMKSK , SMK Sg. Kertas menjadi satu sekolah yang selalu dipertanyakan dimanakah letaknya,wujud ke?? dan bermacam-macam lagi.Kadangkala dengan nama Sungai Kertas juga sudah cukup untuk ditertawakan dan sebagainya.Perkara ini masih lagi berterusan sehingga sekarang.

Pada suatu ketika,ada juga cerita2 yang mengatakan bahawa sekolah ini harus ditukarkan namanya.Alhamdulillah,sehingga skrng masih lagi tiada pertukaran.Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Kertas masih lagi tertulis di hadapan tembok kemasukan ke sekolah tersebut.

Yang jadi masalahnya..Ada segelintir golongan tidak suka akan pertukaran nama ini.Ada beberapa komen yang dapat farahaznil baca di facebook …

Ini adalah salah satu komen yang Farahaznil dapati.Persoalannya..Siapa yang tidak kreatif ? Anda atau pihak sekolah ? Apakah sumbangan yang ada pernah lakukukan kepada SMKSK ketika anda di bangku sekolah dahulu ? Adakah anda seorang yang sukar menerima pembaharuan ?Anda ada cadangan lebih mantap tentang sekolah ini?

Ada apa pada nama ? Pepatah ada mengatakan bahawa…Harimau mati tinggalkan belang,manusia mati tingalkan nama. Sekolah pula ?Bagi pendapat Farahaznil, sekolah akan meninggalkan impak maksima yang besar buat namanya jika selalu mempunyai pelajar2 yang cemerlang dan dibanggakan.Bukannya hanya kata2 di mulut anda sahaja.

Kesimpulan yang Farahaznil dapat buat.Kadangkala kita perlukan perubahan.Seperti mana di dalam dunia ekonomi , politik , tempat kerja dan sebagainya.Pangkal pokoknya bukan pada nama harus dipersalahkan.Kalau duk tukar nama SuTAS ke nama baru seperti Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Najib ke….Sekolah Menegah Kebangsaan Tun Dr. Mahathir ke……Tapi kalau prestasi tak memberangsangkan.Buat apa?Betul tak??

Tak bermakna kata2 Farahaznil di atas bahawa Farahaznil juga memprotes akan pertukaran nama sekolah ini.Namun kita perlu berfikiran luas,panjang dan jangan terlalu emosional dalam memperkatakan sesuatu perkara.Jangan jadikan hal kecil menjadi besar.Nak berhajat besar….Buat bunga api tapi nak letupan ala-ala Bom C4..Haha

Apa2 pun Farahaznil meminta maaf jika post ini ada buat beberapa golongan yang berkecil hati.Sila tinggalkan ketidakpuasan hati anda di ruang komen..Terima Kasih .

Selamat Hari Lahir : Cikgu Hashim dan Cikgu Rozaimah .

Assalamualaikum w.b.t

Beberapa hari lepas merupakan hari lahir Sir Sukri. Kini pada 25 April adalah hari lahir Cikgu Hashim dan 26 April pula hari lahir Cikgu Rozaimah .

Seperti yang diketahui,En Hashim Saryani merupakan guru yang mengajar subjek sejarah.Selain itu beliau juga terlibat dalam bahagian disiplin sekolah..ek betul ke??Ho ho…Pada tahun ni genaplah usia Cigku Hashim bin Saryani berumur 44.

Ini pula Cikgu Rozaimah Borhan . Beliau merupakan seorang cikgu Math . Tahun ni beliau sudah pun genap 36 tahun.Haha..Cikgu ni pun selalu bertanggungjawab dalam hal2 pendaftaran spm dan pmr..Ek..sekali lagi fakta yang tak dapat dipastikan..

Apa-apa pun buat kedua-dua cikgu ni..Selamat hari lahir…Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki sekeluarga.Harap maaf kerana post kali ini tidak seberapa panjang sebab tuan punya blog ( a.k.a Farahaznil) sedang sibuk dengan final exam di IPTA.

At last but not least..Terima kasih di atas ilmu yang diajarkan kepada kami buat suatu ketika dahulu(Farahaznil) . Jasamu dikenang selalu..Hoho

p/s – Huh..ayat bm dah lintang pukang..kena tulis post bahasa arab agaknya..hahahaha

Download Soalan Percubaan SPM – Biology

Assalamualikum w.b.t

Banyak di dalam ruangan komen di blog ini masih lagi tidak di balas ( tentang soalan percubaan spm dan skema jawapan soalan percubaan spm).Pihak blog (Farahaznil) meminta maaf di atas kejadian tersebut…Tapi Jangan risau,kerana Farahaznil akan postkan soalan-soalab percubaan SPM tersebut.Antara soalan percubaan SPM yang akan Farahaznil post kan pada post kali ini ialah soalan percubaan biology . Soalan percubaan spm biology kali ini terdiri daripada soalan percubaan SPM biology tahun : – ( seperti berikut )

Kali ini farahaznil postkan soalan percubaan spm biology dan juga skema jawapan bagi kertas soalan percubaan spm biology. Harap ianya dapat membantu anda !


Download Soalan Percubaan SPM – Biology

Kertas 1, Percubaan SPM 2007, Pahang
Kertas 2, Percubaan SPM 2007, Pahang
Kertas 3, Percubaan SPM 2007, Pahang
Kertas 1, Percubaan SPM 2007, Sek Berasrama Penuh
Kertas 2, Percubaan SPM 2007, Sek Berasrama Penuh
Kertas 3, Percubaan SPM 2007, Sek Berasrama Penuh
Kertas 1, Percubaan SPM 2007, TIMES
Kertas 2, Percubaan SPM 2007, TIMES
Kertas 3, Percubaan SPM 2007, TIMES
Kertas 1, Percubaan SPM 2007, Melaka
Kertas 2, Percubaan SPM 2007, Melaka
Kertas 3, Percubaan SPM 2007, Melaka
Kertas 1, Pep Pertengahan Tahun 2007, Ting 5, Sek Berasrama Penuh
Kertas 2, Pep Pertengahan Tahun 2007, Ting 5, Sek Berasrama Penuh
Kertas 3, Pep Pertengahan Tahun 2007, Ting 5, Sek Berasrama Penuh
Kertas 1, Percubaan SPM 2008, Terengganu
Kertas 3, Percubaan SPM 2008, Terengganu
Kertas 1, Percubaan SPM 2008, Sek Berasrama Penuh
Kertas 2, Percubaan SPM 2008, Sek Berasrama Penuh
Kertas 3, Percubaan SPM 2008, Sek Berasrama Penuh
Kertas 1, Percubaan SPM 2008, Perak
Kertas 2, Percubaan SPM 2008, Perak
Kertas 1, Percubaan SPM 2009, Pahang
Kertas 2, Percubaan SPM 2009, Pahang
Kertas 3, Percubaan SPM 2009, Pahang
Kertas 1, Percubaan SPM 2009, Sek Berasrama Penuh
Kertas 2, Percubaan SPM 2009, Sek Berasrama Penuh
Kertas 3, Percubaan SPM 2009, Sek Berasrama Penuh
Kertas 1, Percubaan SPM 2009, Johor
Kertas 2, Percubaan SPM 2009, Johor
Kertas 3, Percubaan SPM 2009, Johor
Kertas 1, Percubaan SPM 2009, Selangor
Kertas 2, Percubaan SPM 2009, Selangor
Kertas 3, Percubaan SPM 2009, Selangor
Kertas 1, Percubaan SPM 2009, Sabah
Kertas 2, Percubaan SPM 2009, Sabah
Kertas 3, Percubaan SPM 2009, Sabah
Kertas 1, Percubaan SPM 2009, Perak
Kertas 2, Percubaan SPM 2009, Perak
Kertas 3, Percubaan SPM 2009, Perak