Update Blog dan Pendaftaran UPU Online..

Salam semua..cewah..dah lama gila rasanya ak update blog aku ni.Hu hu hu..Ada la dalam masa sebulan lebih..Dasat!!Apa????Ingat Titan sorang je ke boleh diamkan diri?Farahaznil pun boleh la..Cewah…Hi hi hi hi…Kenapa lama dah aku tak update blog??Chaitt….Ada yang mengatakan aku tak update blog sbb bulan lepas dah tak byk contest!!!Fuh..salah sekali tekaan itu…

Hi hi hi..sebenarnya start awal bulan 1 hr tu..Agak ke ‘BZ’ an sikit mcm ala2 pengurus syarikat kontraktor terbesar di dunia..Ho ho ho..Melampau plak aku ni.Takdelah..cuma dah penat dan boring utk berbloging buat sementara..Insya-Allah lepas ni..pulih le semangat aku yang hilang  tu.Time tgh xde apa2 ni la aku nak joli dulu,tu yg xde masa..hehe..Dah lah..Tak usah diungkitkan kembali kisah tu..Nanti2 aku rajin2 la buat post..

Bagi budak sekolah ataupun bekas pelajar 5 Bintang SPM thn lepas ni..Sory haaa..Lambat betul aku nak upload gambar yg telah diambil tempoh hari..Tangan aku berat kalau upload2 yg takde duit ni..cewah..berlagak lak!!!

PERHATIAN!!!!!~BORANG UPU FASA 2 TELAH MULA.

Ok..ini ada sedikit maklumat tentang borang UPU..Mana yang tak sempat nak pg beli..Pergi serang ke Bank BSN sekarang.Jualan sudah bermula sejak 3 Februari 2009!!Jangan ketinggalan..fulamak…ayat dah mcm promoter sudah..hi hi hi hi..Ini maklumat ringkas tentang borang UPU tersebut..

Firts sekali TQ kpd Hazirah sbb bg msg..Aku dah lama dapat dah info tentang benda ni..Tapi lupa plak..nasib baik Hazirah ingatkan.Aku pelupa dow..Yang ingt duit je..hehe..gurau la..aku mmg pelupa pun..Kalau keluar mmg selalu tinggal I/C,Duit dengan H/P..huhuhu

SOALAN-SOALAN LAZIM KEMASUKAN KE IPTA

Permohonan

1. Bilakah pelawaan iklan Permohonan Kemasukan ke IPTA bagi Sesi Akademik 2009/2010 disiarkan?
Pelawaan iklan permohonan kemasukan ke IPTA bagi Sesi Akademik 2009/2010 :-
1. Lepasan Diploma/Setaraf : 04 Januari 2009
2. Lepasan STPM/STAM : 01 Februari 2009
3. Lepasan SPM/Setaraf : 01 Februari 2009

2. Bilakah Pemohon boleh mengemukakan permohonan kemasukan ke IPTA?
Permohonan kemasukan ke IPTA bagi Sesi Akademik 2009/2010 boleh dikemukakan mengikut program melalui Aplikasi Dalam Talian mulai tarikh seperti berikut :-

1. Lepasan Diploma/Setaraf : 05 Januari 2009 (capaian mulai 12 tengah hari)
2. Lepasan STPM/STAM : 03 Februari 2009 (capaian mulai 12 tengah hari)
3. Lepasan SPM/Setaraf : 03 Februari 2009 (capaian mulai 12 tengah hari)

3. Bilakah tarikh tutup Permohonan Kemasukan ke IPTA Sesi Akademik 2009/2010?
Tarikh tutup permohonan adalah seperti berikut :-

1. Lepasan Diploma/Setaraf : 05 Februari 2009
2. Lepasan STPM 2008 10 hari bekerja selepas keputusan STPM 2008 diumumkan
3. Lepasan STAM 2008,2007,2006 : 10 hari bekerja selepas keputusan STAM tahun 2008
4. Lepasan SPM : (Kategori B, C dan D) 03 Mac 2009
5. Lepasan SPM 2008 : 10 hari bekerja selepas keputusan SPM tahun 2008

4. Bagaimanakah mendapatkan borang permohonan kemasukan ke IPTA ?
Mulai Sesi Akademik 2008/2009, tiada lagi penjualan borang permohonan kerana permohonan kemasukan ke IPTA adalah melalui Aplikasi Dalam Talian sepenuhnya di laman web upu.mohe.gov.my

Terdapat 2 kaedah untuk mendapatkan Nombor Unik ID bagi permohonan kemasukan ke IPTA melalui Aplikasi Dalam Talian :-

1.Pesanan secara pukal melalui sekolah atau
2.Pembelian terus di kaunter BSN serta ATM BSN dan SMS Banking bagi pemohon yang mempunyai akaun GIRO terpilih di seluruh Negeri sehari selepas iklan disiarkan

5. Perlukah saya sertakan salinan sijil sebagai bukti mengesahkan penglibatan Kokurikulum?
Tidak perlu. Maklumat Kokurikulum akan diselaraskan dengan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

6. Adakah saya perlu menghantar salinan borang permohonan bersama dokumen sokongan ke IPTA pilihan?
Lepasan STPM/Setaraf Hanya Kategori Lepasan Diploma/Setaraf yang perlu mencetak maklumat permohonan dan menghantar bersama-sama dengan salinan dokumen-dokumen yang telah disahkan ke IPTA pilihan.

Lepasan SPM/Setaraf Pemohon Lepasan SPM Kategori C dan D sahaja yang perlu mencetak maklumat permohonan dan menghantar bersama-sama dengan salinan dokumen-dokumen yang telah disahkan ke IPTA pilihan.

7. Bilakah keputusan permohonan ke IPTA Sesi Akademik 2009/2010 diumumkan?
Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf : Minggu akhir Jun 2009
Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf : Minggu pertama Mei 2009

8. Bolehkah pemohon Bukan Warganegara memohon kemasukan ke IPTA Bagi Program Lepasan SPM/Setaraf?
Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf terbuka kepada WARGANEGARA MALAYSIA sahaja.

9. Bolehkah pemohon Bukan Warganegara dari Luar Negara atau Penduduk Tetap memohon kemasukan ke IPTA bagi Program Pengajian Lepasan STPM /Setaraf?
Pemohon Bukan Warganegara dari Luar Negara diminta memohon terus ke IPTA pilihan melalui Pejabat Pendaftar Bahagian Akademik dan Kemasukan dengan menggunakan borang khas yang disediakan oleh IPTA berkenaan.

Pemohon bertaraf Penduduk Tetap perlu memohon melalui Aplikasi Dalam Talian ke BPKP JPT untuk Permohonan Kemasukan ke IPTA.

10. Adakah saya dibenarkan membuat pertukaran/pindaan kod program pengajian selepas mengemukakan permohonan kemasukan ke IPTA?
Pemohon hanya dibenarkan mengemaskini maklumat permohonan sebanyak 3 kali sahaja. Selepas 3 kali peluang kemaskini digunakan, pemohon tidak boleh lagi membuat pengubahsuaian maklumat.

11. Adakah saya dibenarkan menukar program pengajian yang ditawarkan oleh sesebuah IPTA?
Tidak dibenarkan.

12. Adakah pemohon dibenarkan menukar IPTA setelah menerima tawaran?
Tidak dibenarkan.

13. Apakah yang perlu saya buat jika ibu bapa tiada sijil kelahiran atau sijil kelahiran hilang?
Anda boleh mendapatkan cabutan sijil lahir yang hilang atau tercicir di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) terdekat ATAU dapatkan surat akuan dari Peseruh Jaya Sumpah.

14. Apakah dasar MUET dalam permohonan kemasukan ke IPTA bagi Sesi Akademik 2009/2010?
Pemohon perlu mendapatkan tahap 1 (Band 1) dalam peperiksaan MUET bagi kelayakan Lepasan STPM/Setaraf yang memohon ke Program Pengajian Ijazah Pertama di IPTA.

Hebahan/Pertanyaan

15. Bagaimanakah saya boleh mendapatkan status keputusan permohonan ke IPTA bagi program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf ATAU program pengajian Lepasan SPM/Setaraf?
Anda boleh meyemak status keputusan permohonan ke IPTA melalui 3 kaedah berikut :

  1. Internet :
    –    http://upu.mohe.gov.my
    –    http://www.jpt.uum.edu.my
    –    http://www.jpt.utm.my
  1. SMS Taip UPU<space><NO KP> dan hantar ke 15888
  2. Hotline : 03-8883 5858 (10 Talian)

16. Di manakah saya boleh mendapatkan bantuan tajaan ke IPTA?
Anda diminta merujuk Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) di alamat berikut untuk maklumat lanjut:

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional
Lot G2 Tkt. Bawah Wisma Chase Perdana
Off Jalan Semantan, Damansara Height
50490 Kuala Lumpur
Tel: 03-2098 3731/3732
Fax: 03-2098 3769

Jika ada soalan-soalan lain berkenaan dengan kemasukan ke IPTA, sila kemukakan ke alamat e-mel kami:

–    upu@mohe.gov.my

Aplikasi Dalam Talian

17. Adakah kata laluan atau nama ibu perlu dimasukkan semasa proses permohonan dan apakah bentuk format yang boleh dimasukkan dalam ruangan kata laluan?
Semasa proses permohonan, anda diwajibkan memasukkan empat elemen iaitu Nombor Kad Pengenalan, Unik ID, Kata Laluan dan Nama Ibu. Kata Laluan perlulah ringkas iaitu terdiri daripada enam(6) hingga lapan (8) aksara ‘alphanumeric’ dan nama ibu perlulah ringkas dan mudah untuk diingati oleh anda sekiranya terlupa kata laluan.

18. Sekiranya saya terlupa Kata Laluan dan Nama Ibu yang dimasukkan semasa permohonan, apakah langkah atau cara terbaik untuk saya melaksanakan proses kemaskini atau semakan permohonan?
Anda boleh menghubungi BPKP JPT atau melalui MySms dengan memberi nombor rujukan permohonan untuk mendapatkan semula Kata Laluan atau Nama Ibu yang telah dimasukkan.

Lepasan Matrikulasi – Sekiranya anda kehilangan Nombor Unik ID dan tidak mengingati Kata Laluan, anda perlu memaklumkan kepada kaunselor Kolej Matrikulasi, Pegawai PASUM dan Koordinator Asasi UiTM untuk penyelarasan dengan pihak BPKP JPT.

19. Saya membeli Nombor Unik ID dan mendapati Nombor Unik ID yang dibeli di BSN sama dengan rakan saya, apakah terdapat sebarang kesilapan yang mungkin timbul di BSN dan apakah ciri-ciri keselamatan yang diterapkan dalam Aplikasi Dalam Talian ini?
Tiada sebarang kesilapan Nombor Unik ID yang dihasilkan oleh BSN  walaupun  anda mendapati Nombor Unik ID anda sama dengan rakan anda, dan ini adalah kerana semua penghasilan Nombor Unik ID adalah berdasarkan Nombor Kad Pengenalan.

Bagi mengemukakan permohonan, anda perlu memasukkan Nombor Kad Pengenalan, Nombor Unik ID, Kata Laluan dan Nama Ibu. Ini menunjukkan anda dan rakan anda yang mempunyai Nombor Unik ID yang sama akan memasukkan Nombor Kad Pengenalan dan Kata Laluan yang berbeza.

20. Bagaimanakah caranya untuk saya mengetahui program pengajian yang dipilih adalah program pengajian yang ada temu duga?
Program pengajian yang ada temu duga boleh dikenal pasti dengan adanya tanda (#) di bahagian akhir nama program. Contoh adalah seperti berikut:

KH03 – Sarjana Muda Senibina #

21. Adakah saya perlu menghantar apa-apa dokumen seperti salinan Kad Pengenalan, Slip Keputusan dan sebagainya kepada IPTA atau BPKP JPT?
Anda tidak perlu menghantar apa-apa dokumen kepada IPTA atau BPKP JPT walaupun memilih program pengajian yang ada temu duga. Walau bagaimanapun, anda perlu mengemukakan dokumen/sijil asal ketika menghadiri temu duga.

22. Saya ingin mencetak semua maklumat yang telah dimasukkan, adakah saya boleh mencetak maklumat permohonan semasa mengisi maklumat?
Maklumat permohonan hanya boleh dicetak setelah anda selesai mengemukakan permohonan iaitu setelah klik butang “Sah & Hantar”. Cetakan daripada laman SEMAKAN dan laman SELESAI PERMOHONAN/KEMASKINI sahaja yang boleh dicetak dan dijadikan bukti dan rujukan bahawa permohonan anda telah selamat diterima oleh sistem.

Maklumat permohonan yang dicetak selain daripada laman ini, TIDAK boleh dijadikan bukti permohonan kemasukan ke IPTA telah berjaya dilakukan oleh anda.

23. Bagaimanakah saya boleh ketahui yang maklumat saya telah selamat diterima oleh sistem ?
Pemohon boleh mengetahui sama ada maklumat telah diterima atau belum oleh sistem ialah dengan membuat semakan di menu semakan.

24. Semasa permohonan Fasa 1, saya belum menduduki peperiksaan semester kedua untuk memperolehi keputusan akhir Matrikulasi/ KPM/ PASUM, oleh itu bagaimanakah saya ingin membuat pilihan program pengajian bagi kemasukan ke IPTA?
Anda boleh membuat pilihan program pengajian semasa permohonan Fasa 1 berdasarkan keputusan Semester Pertama dan setelah keputusan semester akhir diketahui, anda boleh membuat pengemaskinian pilihan program pengajian semasa permohonan Fasa 2 dibuka berdasarkan keputusan sebenar.

Perlu diingatkan program pengajian yang mempunyai ujian dan temu duga tidak boleh diubah semasa Fasa 2 sekiranya calon telah membuat pilihan program bertemu duga semasa Fasa 1.

25. Adakah pemohon wajib menduduki ujian MEdSI dan Temu duga dan bilakah Ujian MEdSI dan Temu Duga dijalankan bagi Program Pengajian Ijazah Sarjana Muda Pendidikan?
Calon yang ingin mengikuti Program Pengajian Ijazah Sarjana Muda Pendidikan diwajibkan menduduki ujian MEdSI dan temu duga yang ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi. Hanya calon yang memenuhi Syarat Am serta Syarat Khas program sahaja akan dipanggil untuk menghadiri ujian MEdSI.

Hebahan mengenai ujian MEdSI boleh disemak mulai 10 April 2009 di laman web Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) www.mpm.edu.my

Dah faham n TGK betul2 dah??Pergi beli..Jangan lupa..Nanti ada masa aku updatekan mcm mn nak isi borang tu..kalau payah bg koran nak isi la..kalau tak..tak payah aku buang masa nak buatkan..hohoho

P/S – Tadi aku baru je tunaikan wang pos hasil dr Contest Cyza bln 11..Benda tu dah lama cuma aku je malas nak pg tunaikan.Aku ingt Pejabat Pos buka pukul 8 pagi rupa2nya 8.30..Habis punch card aku merah..yang paling aku geram..dah punya baik aku beratur dr pukul 7.50 terpacak dpn Pjbt Pos smpi pukul 8.30..Siap menapak..melepak…Tiba2 ada mak cik cina tua potong Q pula..babun betul..menyumpah betul hati aku..org lain beratur gila bapak panjang kat belakang..Dia potong Q lak..Laki yg kena potong Q pun mcm dah tolak2 mak cik cina tua tu..Tp akhirnya dia mengalah..Nasib baik bukan kena dgn aku..Kalau aku,aku dah tolak msk longkang…ho ho ho..kejamnya aku!!!!

Oklah chow dulu..babai……

  1. sabau farah…. biasala tu… hmm so bila nk daftar nie? kate nk msk Uni….

    • una
    • February 10th, 2009

    saya tak ingat nombor ID saya camna eh?

    • adi
    • February 17th, 2009

    salam..
    nk tny skit ni..
    upu aritu apply ape jee??
    make sure u decide the right choice

  2. Confirm ke ko amik arkitek??

    All the best!

    • M.J.
    • February 27th, 2009

    nk tny nieh..klu xsempat nk isi fasa pertama sebab dh tamat tempoh bleh x lagi nk memohon ke ipta?

    • fara5
    • March 1st, 2009

    Rafhz – hahha..dah2..mst le nak msk..tu kan yg akan menentukan masa depan akan dtng!!hohohohoh

    una – beli balik kat bsn..spare duit dlm RM11

    adi – hahhaa..TQ adi..ni adik cyza kan?hahaha..mst le kena pilih betul2..nnt klu pilih yg tak minat..tak guna..ssh hidup nnt..huhuhu

    Arkitek yang jual tudung – haah..suma aku duk buh senibina..huhhuu

    M.J. – boleh2..tp kena beli no unik id dia kat bsn..cepat daftar!!!tggl lg 2 hr je ni kalo tak silap!!jgn terlambat!!nnt takleh nak msk iptu beb!!menyesal tak berlagu nnt hang dibuatnya..

  3. Bagaimana saya ingin memohon masuk ke universiti jika saya bukan lepasan STPM tahun berikut, tetapi merupakan pelajar lepasan STPM tahun sebelumnya? Saya pernah ditawarkan memasuki ke Universiti Sabah, tetapi tidak dapat melanjutkan pelajaran pada tarikh yang di tetapkan kerana mengalami masalah kesihatan. Bagaimana cara saya memohon kembali lanjutan tersebut.

  4. d mana nak isi upu online ne…

    • blur
    • May 20th, 2009

    bila tarikh mengisi borang upu fasa dua bagi program matrikulasi?

  5. eit,cam ne nak daftar upu ha????

    huhuhuhu…..

    • RASHIDATUL
    • February 5th, 2010

    MCM NA NK ISI FASA 2

  6. oit…salam,tmpang lalu-lalng..
    upu yerk??

    • mamat
    • March 9th, 2010

    saya kehilangan no unik ID untuk mengisi borang ke IPTA fasa 2…oleh itu,apa yang patut saya lakukan???tolong saya please…adakah saya masih boleh membeli no unik ID yang baru di BSN??? tolong la…saya nak masuk IPTA…

    • Mamat, boleh aje. Saya pun ilang then beli yang baru.

  7. salam…sy mmg minat sgt2 bidang architecture nie…tp sy ad masalah ckt…sume owg kate bidang nie peluang pekerjaan nye xluas…betol ke???sy betol2 nak amik course nie…pleaz help me

  8. makasi atas infonya…
    kunjungi ini ya… http://www.unand.ac.id/arsipua/ds/

  9. pendaftaran kerja bpkp jpt

  1. No trackbacks yet.

Leave a reply to blur Cancel reply