Orang yang cemerlang.

Aku terlihat
Orang cemerlang di mana-mana
Aku terdengar
Orang cemerlang di pelusuk dunia
Aku tersua
Orang cemerlang di sini jua

Orang cemerlang
Hidupnya waras berimbang
Tiada rasa gusar bimbang
Apalagi berhati walang
Mana pergi fikirannya segar berkembang

Orang cemerlang
Hatinya bersih katanya lembut
Tiada bias di bibir mulut
Kerja ikhlas bukan pak turut
Bahu memikul tangan bersambut
Fikirannya tenang tidak berserabut
Semangatnya cekal rapat bertaup

Orang cemerlang
Sekali melangkah tidak ke belakang
Walau terima surat layang
Sekali ia berjuang ia tetap berjuang

Orang cemerlang
Hidup berdikari teguh jatidiri
Tepat pada janji tidak sekali mungkiri
Berkata benar tidak bersembunyi
Jauh sekali menyakiti hati
Walaupun
Ia dicemburui

Orang cemerlang
Kerjanya bersungguh-sungguh
Arahan dan etika sentiasa dipatuh
Pegangan dan prinsip tetap teguh tetap utuh
Digodam dihentam tidakkan rapuh
Bukan bodek sini bukan bodek sana
Tidak juga terpesona
Halus permata umpama kaca
Atau
Manis madu racun berbisa
Yang menghancurkan diri
Dan keakraban kita semua

Orang cemerlang
tidak lupa tikar sembahyang
tidak lepak-lepak jarang sembang-sembang
sayang…
masa dan wang terbuang-buang

orang cemerlang
ingin menggapai awan gemilang
ingin mendaki puncak terbilang
nah..
di sini dikau dijulang
kerna jasa dan bakti yang kau sumbang

orang cemerlang
tidak kenal putus asa
biar pahit getir melanda
ganjaran dan balasan bukan dipinta
Cuma
ia mahu hidup sejahtera
Syukur nikmat dari yang Esa

Nilawati Yaacob
Unit Pentadbiran
JP Teknikal, KPM

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: