Archive for October 10th, 2008

I win the 3rd place for Nuaeman Contest.

Salam semua..Dah terasa begitu lama tak update blog ni.Haha..al maklumlah sejak 2,3 hari yg lepas ada masalah sikit PC ni.Dah pueh aku duk gondam sana sini.Hardisk dah penuh rupanya.Agak susah nak back up file balik nampaknya dan juga tak lupa masalah lain yg menimpa.Hohoho..masalah apa?Biarlah rahsia. Kerja aku skrng duk menukang je la PC ni.Tengah mencari masalh.Berita yg bestnya.Aku dah pandai sikit menukang isi yg ada kat dlm CPU ni.Hi hi hi..duk buka skru sana..skru ni..Abih la suma terajai.Tapi kalau ada tok guru sebelah takpe kan.Hi hi hi

Ok berbalik kepada contest yg aku menang td tu.Ingat lagi ak post aku yg lepas.Alah..yg Aku dan Ramadhan tu.Haha..lagi sekali aku ckp..sediakan tisu kalau nak baca post tu.Bukan senang nak habis baca post tu tau.Hi hi hi.. Aku meang tempat ke-3 utk contest kali ni.Nampak gayanya..badi aku dah semakin berkurang sejak akhir2 ni utk menang contest.Nasib baik e tu.Tapi Allamdulillah lah jugak.Tersenarai sebagai pemenang.Walaupun di tempat yg ketiga.Aku nak ucapkan terima kasih kepada para juri.Kerana sudi mengambil Farah sebagai pemenang.Hi hi hi..

Pelajar sekolah yang agak gila-gila dan popular dengan username farahaznil. Entri Aku dan Ramadhan terpanjang.. yang amat-amat memedihkan mata juri untuk membacanya..

Korang tengokla apa si nuaeman cakap dekat aku.Hi hi hi..Gila2 ke aku yg gila?Hohohoho..dah2..cukup2..malas nak rapu panjang2 lagi.Aku makin penat dari sehari ke hari.Haha..ubat tak makan lagi ni.Makan pun tak berpantang.Bising mulut ibu aku kalau dia tahu aku tak jaga makan.Tu takleh nak makan..ni takleh nak makan.Tersiksa pula..Time sihat takmo dgr cakap org..padankan muka!Walaupun nampak sihat dari segi zahir,batin siapa yg tahu!Cewah..power ayat aku.Hi hi hi.tapi tu lah hakikat nyer kekadang.Yang aku tension.Air milo pun takleh nak minum,apa la doktor ni..kata cafein je.Ni milo pun tak boleh.Kempunan aku tgk org lain minum air milo.Haha..nak minum boleh,tapi takut aturan jam makan ubat terganggu pula.Nanti ubat tak boleh nak makan,lagi tambah teruk lak.Ni aku bengang ni.Huhuhu..

Tempat Pertama =>Sehelai sweater, Sebuah Buku Azizi Ali-Millionaires are from a different Planet dan Wang Tunai 10 usd / RM 30.

Tempat Kedua =>Satu China HandCraff, Sebuah Buku Azizi Ali-Millionaires are from a different Planet dan Wang Tunai 5 usd / RM 15.

Tempat Ketiga =>Dua Rantai Kunci, Wang Tunai 3 usd / RM 10.

Dan para pemenangnya pula ialah

  1. Samdaddycool
  2. Kujie
  3. Farahaznil(aku)

Nampaknya aku kempunan lagi sekali.Sebab tak dpt pakai sweater si nuaeman ni.Hi hi hi..hadiah tu dirangkul oleh sam.Takpe la..dia berhak menerima seadanya. Kalau korang perasan masa post contest Aku dan Ramadhan tu,aku ada selitkan sam sekali.Nak tahu sebab apa?Aku dah agak dia pemenang no 1.Haha..Jangan perasan lak sam.Tapi aku leh baca siapa pemenanh no 1st tu. Hi hi hi.Aku terpaksa bersejuk lagi nampaknya malam ni.Sweater dah dikebas oleh sam.Lawa tak sweater tu sam?Haha..

Oklah aku nak chow dulu.Banyak keja aku tak siap lagi ni.Bising lak ibu aku tu kang.Nak sambung tido jap.Nanti kalau ada contest lain,kot aku rajin nak menulis..aku tulis.Paham?Aku malas menulis lak sejak akhir2 ni.Ntah kenapa pun aku tak tahu,termasuklah karangan di sekolah.Lantak la..aku tgh pening ni..haha..Bye!

p/s – ku masih hampa di atas kekalahan kuiz sastera di batu arang.Walaupun aku bukan budak sastera,tapi aku suka dgn cikgu aznam bm.Mungkin sbb masa sekolah rendah dulu asik dapat markah rendah je dlm bm terutama pemahaman,karangan pula so n so je.Naik sekolah menengah,mula tunjuk belang sikit.Haha..kalau la aku menang kuiz semalam,aku dah gi DBP dah.aku dapat 36/50..manakala 3 lagi rakan yg lain mendapat 32,32 dan 38 markah.Jadi average adalah 138.Lagi sikit je nak kalahkan tempat ke-3 rasanya.Tak lupa,aku terjumpa sekali lagi juri atau hakim masa aku gi debat ala parlimen hari tu.Haha..segan la plak.Tak lupa juga penggiat seni atau bm yg tersohor di dpn mata aku je masa  sekolah rendah dulu,Cik Faizullah.Jumpa lagi kita ye.Haha..Aku juga seperti berada di balai semasa berada dlm kereta cikgu aznam.Macam2 dia tanya.Nasib baik aku baik kat sekolah.Kat luar pandai2 la korang fikir aku mcm mn.Haha..chow dulu..